Perak Hari Ini

Rawatan bedah serendah RM50-HRPB

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menawarkan rawatan pembedahan sebanyak RM50 untuk pembedahan laser fetoskopi ke atas ibu yang mengandung anak kembar berkongsi uri.

Pakar Perunding Perubatan Kematian Sakit Puan HRPB, Dr Japaraj R Peter berkata, hospital itu yang pertama menawarkan rawatan terhadap Sindrom Transfusi Kembar ke Kembar (TTTS).

“Rawatan pembedahan ini hanya boleh diperoleh di empat negara Asia iaitu Hong Kong, Thailand dan Jepun, manakala kadar bayaran mencecah RM24,000 jika dilakukan di Australia.

“Jika ada ibu yang di diagnosis mengandung bayi kembar adalah penting mereka menjalani ujian imbasan ultrabunyi dalam tempoh tiga bulan kehamilan untuk kenal pasti bayi berkenaan berkongsi uri yang sama atau sebaliknya,” katanya dalam taklimat perkhidmatan fetoskopi laser kepada media di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Menurut Dr Japaraj, imbasan ultrabunyi perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu bermula dari empat bulan kehamilan sehingga proses kelahiran bagi mengesan sebarang TTTS jika didapati bayi berkenaan berkongsi uri sama.

Kata beliau, pembedahan pertama berjaya dilakukan adalah 7 Disember tahun lalu dan seramai 13 ibu menjalani rawatan di HRPB dengan 11 daripadanya melahirkan sekurang-kurang seorang anak.

“Terlalu banyak air ketuban antara tanda awal TTTS yang memerlukan rawatan segera dan jika tidak dirawat dari awal boleh menyebabkan kematian bayi.

“Punca komplikasi TTTS disebabkan ketidakseimbangan perkongsian bekalan darah melibatkan dua kembar seiras dengan pasangan menderma darah kepada pasangannya melalui salur darah bersambung pada uri dikongsi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");