Perak Hari Ini

RM2 juta bina semula Masjid Arfiah

Masjid Arfiah di Batu 3, dekat Segari akan dibina semula dengan peruntukan awal RM2 juta, demikian kata Menteri Besar merangkap Adun Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Kerja pembinaan dijangka bermula penghujung tahun ini dan siap akhir tahun depan.

Peruntukan itu katanya, sumbangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

“Keadaan masjid ini sudah uzur dan saya pasti rakyat di sini gembira apabila peruntukan untuk membina masjid baru sudah diluluskan,” katanya.

Berita gembira itu diumumkan Dr Zambry selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 200 penduduk tempatan di masjid terbabit sebentar tadi.

“Jawatankuasa masjid diminta berbincang mengenai bentuk dan rekaan masjid yang sesuai.

“Kita berharap masjid baru yang dibina dengan kos RM2 juta dapat digunakan umat Islam selewat-lewatnya hujung tahun depan, ” katanya.

Di sebelah petangnya, Dr Zambry menyerahkan sumbangan Deepavali kepada kepada 30 golongan kurang bernasib baik dari sekitar Segari.

Sumbangan itu katanya, diharap dapat menceriakan sambutan Deepavali yang bakal diraikan masyarakat India pada 5 November depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");