Berita Hari Ini

Samy Vellu Dah Serah Surat Letak Jawatan Kepada PM Minggu Lepas

Datuk Seri S. Samy Vellu sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Presiden MIC kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, minggu lalu.

Sumber dalaman MIC yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, Samy Vellu tidak menerima sebarang tekanan atau paksaan daripada pihak ketiga untuk menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut.

Malah katanya, Presiden MIC itu menyerahkan surat berkenaan dengan kerelaan hatinya kerana beliau bakal menerima tanggungjawab lain di luar parti iaitu sebagai perunding perniagaan bagi membantu negara meningkatkan sumber pendapatan.

“Untuk memikul tanggungjawab baru itu, Samy Vellu harus mengesahkan bahawa beliau berundur daripada jawatan Presiden MIC pada bulan Disember ini.

“Oleh kerana beliau telah mengesahkan peletakan jawatannya, pada bulan Januari depan beliau bakal bergelar perunding perniagaan bagi membantu Malaysia meningkatkan sumber pendapatan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Minggu lalu, Samy Vellu mengumumkan peletakan jawatannya pada Januari depan bagi membolehkan kerusi nombor satu MIC itu diambil alih oleh Timbalannya, Datuk G. Palanivel.

Tambah sumber itu, keputusan pemimpin itu untuk berundur daripada jawatan Presiden MIC telah dibuat beberapa bulan lalu tetapi hanya menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan.

“Masih terdapat desas-desus mengatakan bahawa Samy Vellu hanya bersandiwara politik dan tidak akan meletak jawatan sehingga 2012.

“Ia tanggapan yang salah. Masyarakat di negara ini bakal menyaksikan pelan peralihan kuasa di antara dua pemimpin itu,” jelasnya. Malaysia Instinct

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");