Perak Hari Ini

Tabung Simpanan Pendidikan Negeri dilancar

Kerajaan Perak hari ini melancarkan Tabung Simpanan Pendidikan negeri dengan peruntukan dana awal bernilai RM2 juta.

Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Mohamad Zahir Abd Khalid, berkata tabung itu dapat digunakan oleh ibu bapa sebagai persediaan anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Katanya, sebagai permulaan, kerajaan negeri menyalurkan RM200 kepada setiap anak dari keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan.

“Yayasan Perak diberi tanggungjawab untuk menguruskan tabung ini yang sekaligus membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam memartabatkan bidang pendidikan.

“Kita juga menyediakan dermasiswa kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara  gading pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM8 juta.

“Saya berharap ibu bapa dapat memasukkan wang ke dalam tabung ini pada setiap bulan sehingga anak mereka berumur 18 tahun,” katanya di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, Mohammad Zahir melancarkan Tabung Simpanan Pendidikan negeri di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Hadir sama, Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Nadzri Ismail.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kanak-kanak yang memiliki tabung simpanan pendidikan Perak layak memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) selepas mereka berumur 18 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");