Perak Hari Ini

Tambang baru ETS RM45.40 berpatutan

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Kadar tambang perkhidmatan tren elektrik (ETS) Ipoh-Kuala Lumpur sebanyak RM45.40 selepas tempoh promosi iaitu peningkatan sebanyak RM15.40 amat berpatutan jika dibandingkan dengan tambang pengangkutan awam lain.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, tambang yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2011 itu lebih kondusif kerana ia mengambil masa perjalanan selama dua jam 5 minit bagi ETS ekspres dan dua jam 15 minit bagi ETS transit.

Menurut beliau, bas ekspres walaupun tambangnya RM17.20 tetapi ia mengambil masa 210 minit (3 jam 30 minit); teksi RM245 bagi perjalanan 180 minit (3 jam); kereta persendirian sebanyak RM95 termasuk tol (180 minit); keretapi antara bandar selama 180 minit dengan tambang RM40 (kelas 1), RM22 (kelas 2) dan RM12 (ekonomi).

“Kadar baru ini adalah munasabah, jika mahukan perkhidmatan terbaik yang premium maka kenalah bersedia untuk membayar perkhidmatan terbaik yang diberikan,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Po Kuan mempersoalkan kadar tambang ETS yang disifatkan terlalu tinggi dan membebankan pengguna.

Kerajaan sebelum ini telah meluluskan tambang siling perkhidmatan ETS bagi laluan berkenaan pada RM50.

Menjawab soalan asal Po Kuan yang bertanyakan mengenai jumlah penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan itu sejak dilancarkan, Abdul Rahim memaklumkan, sejumlah 62,214 orang telah menggunakan perkhidmatan itu bermula 12 Ogos lalu hingga 30 September lalu.

?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");