Perak Hari Ini

Ucapan Dr Zambry di Majlis Jamuan Aidilfitri 1Malaysia Pantai Remis

Perak Today telah dijemput oleh En Azhar selaku pegawai khas MB, untuk meraikan majlis Aidilfitri bersama MB Perak iaitu Dato Seri Dr Zambry di Pantai Remis. Majlis ini adalah anjuran Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bruas. En Azhar selaku pegawai khas MB telah meminta Perak.

Majlis ini diadakan di Kg Indah Pantai Remis, kira-kira 5000 orang kampung telah membanjiri majlis ini, masing-masing berebut untuk bersalam dengan Dr Zambry, meriah sungguh suasana majlis raya di kampung Indah ini. Penduduk-penduduk sekitar Pantai Remis sungguh gembira kerana dapat beraya bersama-sama MB Perak.

Dalam ucapan Dr Zambry di majlis ini, beliau telah menyampaikan dua khabar gembira. Pertama, surau Kg Indah yang sudah usang, mendapat peruntukan sebanyak RM6,000 untuk diubahsuai dan diperbaiki. Berita baik yang kedua pula, semua penduduk-penduduk yang tinggal di pinggiran pantai dan menghadapi masalah dengan T.O.L tanah mereka kini mereka tidak perlu gusar lagi kerana kerajaan negeri Perak akan memberikan mereka T.O.L. tersebut.

Dr Zambry juga telah meminta supaya rakyat melihat apa yang sedang berlaku di kalangan parti-parti politik pembangkang dan menilainya sendiri, beliau juga telah meminta supaya mereka meyokong kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa prihatin dengan masalah rakyat. Anda boleh menonton video diatas untuk ucapan selanjutnya.

Permasalahan yang dihadapai oleh penduduk Pantai Remis ini memang sudah lama, akhirnya ianya dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri perak dibawah pimpinan Dato Seri Dr Zambry.


Perak Today mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami.

Untuk melihat foto penuh majlis ini, sila klik sini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");