Perak Hari Ini

Yayasan Masjid akan diwujudkan di Perak

Kerajaan Negeri Perak akan mewujudkan sebuah yayasan khusus bagi membantu menyelaras pembangunan dan aktiviti masjid di negeri itu tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini, setelah mendapat perkenan daripada Raja Muda, Raja Dr . Nazrin Shah.

Beliau berkata, yayasan terbabit ditubuhkan bagi melengkap dan memantapkan program pembangunan serta kegiatan masjid yang berkaitan dengan hal ehwal institusi keagamaan itu selain aktiviti dakwah yang dirancang.

“Melaluinya, kerajaan negeri berharap Yayasan Masjid dapat memantapkan usaha mengembangkan syiar Islam dengan sebaik-baiknya disamping memastikan pembangunan fizikal masjid dan surau dilaksanakan secara lebih tersusun.

“Kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan kepada yayasan ini yang akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2011,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur , hari ini.

Dr. Zambry menjelaskan, kerajaan negeri akan memberi geran awal selain peruntukan sebidang tanah seluas lebih 1,000 hektar untuk yayasan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");