Berita Hari Ini

Zaid mahu dakwaan Rahimi disiasat

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah.

“Ia mungkin benar, mungkin tak,” kata Zaid dalam sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya hari ini, ketika merujuk kepada sidang akhbar Rahimi Osman mengenainya semalam.

Tidak seperti banyak pemimpin PKR yang lain, Zaid memilih untuk tidak mempertikai dakwaan Rahimi yang dia dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Membandingkan Rahimi dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mengubah akuan bersumpahnya pada 2008 sebelum melarikan diri ke luar negara, Zaid berkata, kedua-dua kes tersebut ada persamaannya.

“Kesnya sama seperti PI Bala. Jika anda mahu menyiasat dakwaan Bala, anda juga perlu menyiasat Rahimi… Anda tidak boleh ada double standard untuk Bala dan Rahimi,” kata Zaid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");