Perak Hari Ini

Perak turut hulur bekalan air minuman

Kerajaan negeri menerusi Lembaga Air Perak (LAP) menghantar bantuan sembilan lori tangki air bersih dan dua lori air mineral ke Kedah selain sebuah lori memuatkan air mineral ke Perlis kelmarin sebagai usaha membantu mangsa banjir di kedua-dua negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata bantuan ke Kedah diberikan selepas menerima permintaan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menghubunginya secara peribadi beberapa hari lalu dan menegaskan ia tiada kaitan politik.

“Bantuan ini ikhlas atas nama kerajaan negeri, Barisan Nasional (BN) Perak dan rakyat negeri ini yang prihatin dengan bencana alam dihadapi negeri jiran. Bantuan ke Perlis pula diberikan selepas saya bertanya kepada kerajaan negeri itu dan mereka hanya mahukan air mineral untuk keperluan mangsa,” katanya.

Bercakap ketika ditemui selepas merasmikan Kolokium Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Perak, di sini semalam, Zambry tidak mahu ada pihak mempertikaikan bantuan kerajaan BN kepada kerajaan di negeri diterajui PAS kerana ia dibuat dengan semangat kemanusiaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");