Kolumnis

Idham Lim sudah nyanyuk atau dia cuba putar-belit kenyataan?

ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim atau nama sebenarnya Lim Chuan Hing dilihat terlalu terdesak untuk memberikan imej baik kepada Pakatan Rakyat yang dibangga-banggakannya. Idham Lim di dalam kenyataannya yang disiarkan oleh HARAKAH DAILY yang memetik kenyataan dari blognya, CINA ISLAM, mencabar Speaker DUN Perak, A.Ganesan mengendalikan Sidang DUN Perak dalam keadaan aman tanpa sebarang provokasi daripada ADUN-ADUN Barisan Nasional.

Barangkali Idham Lim sudah nyanyuk atau cuba memutarbelitkan kenyataan sebenar yang berlaku dalam beberapa Sidang DUN Perak sebelum ini. Semenjak peristiwa 6 Februari 2009, DUN Perak sebenarnya tidak pernah aman daripada provokasi. Bezanya, provokasi yang dilakukan bukanlah daripada ADUN-ADUN Barisan Nasional sebagaimana yang didakwa oleh Idham Lim, sebaliknya datang daripada ADUN-ADUN Pakatan Haram.

Idham Lim perlu menjawab dahulu, siapa sebenarnya yang mengiktiraf Sivakumar, ADUN Tronoh sebagai Speaker DUN Perak selepas Pakatan Haram hilang majoriti di DUN Perak? Siapa yang panjat atas meja dan memulakan kekecohan sehinggakan keberangkatan DYMM Raja Muda Perak ditunda berjam-jam lamanya? Siapa pula yang memulau Sidang DUN kerana kononnya tidak mengiktiraf Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar? Siapa pula yang membawa placard ke dalam dewan persidangan untuk memprovokasi ADUN-ADUN serta barisan Exco baru Perak selepas Pakatan Haram kehilangan majoriti?

Dan dari mana pula datangnya idea, ketiadaan majoriti tidak menghalang sesebuah kerajaan negeri di Malaysia ini tumbang dan beralih tangan? Kalaulah itu kaedah yang digunapakai, selayaknya UMNO yang lebih menguasai DUN Perak memandangkan UMNO mempunyai majoriti kerusi yang jauh lebih banyak berbanding DAP, PKR apatah lagi PAS.

Idham Lim mungkin kelihatan seorang yang alim, terutama dengan syarah-syarah agama yang sering dilakukannya untuk mendapatkan undi-undi Melayu di Titi Serong. Hakikatnya, Idham Lim sebenarnya tidak pernah berkurangan dari segi memanipulasikan sebarang berita yang boleh memberikan impak baik kepada Pakatan Rakyat yang masih bersifat haram, yang sangat dikasihinya.

ADUN-ADUN Pakatan haram tidak pernah memberikan sumbangan yang berkesan dalam setiap persidangan DUN Perak selama ini kerana mereka masih berkeyakinan bahawa merekalah yang berhak diangkat sebagai pentadbir sebenar negeri Perak. Sebaliknya apa yang mereka lakukan adalah cuba menarik perhatian media-media elektronik, cetak dan alternatif dengan sifat kebudak-budakan mereka.

Tidak guna Idham Lim mencabar A.Ganesan agar Sidang DUN Perak dikendalikan dengan sebaik-baiknya kerana walau sebaik mana sekalipun, seandainya ADUN-ADUN Pakatan haram tetap bersikap seperti kanak-kanak manja tidak diberi gula-gula, sesiapa pun yang diletakkan sebagai Speaker akan berhadapan dengan situasi yang tidak tenteram.

Seharusnya Idham Lim menasihati kawan-kawan Pakatan haramnya, terutama dari ADUN-ADUN yang Bahasa Kebangsaan mereka sangat teruk sehinggakan mereka sendiri tidak faham apa yang mereka cakapkan, bukan Ganesan atau ADUN-ADUN Barisan Nasional. Rakyat Perak dan Malaysia amnya, sudah muak dengan kerenah ADUN-ADUN Pakatan haram Perak yang masih tidak berhenti daripada mengelamun dan berangan-angan sedangkan pada masa yang sama, mereka gagal menjalankan tanggungjawab selaku wakil rakyat dengan sebaik-baiknya.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, seandainya kesemua ADUN UMNO/BN di DUN Perak berperangai sama seperti ADUN-ADUN Pakatan haram Perak, pastinya pertumpahan darah berlaku di DUN Perak. Sanggahan Idham Lim terhadap kehadiran 300 orang anggota polis sebagaimana yang didakwanya, sebenarnya menunjukkan sendiri perilaku dan sikap sebenar Idham Lim dan rakan-rakan Pakatan haramnya yang tidak menghiraukan undang-undang serta tanggungjawab yang mereka pinta daripada rakyat.

Sewajarnya setiap daripada mereka, terutama ADUN-ADUN Pakatan haram memberikan contoh yang jauh lebih baik berbanding ADUN-ADUN Barisan Nasional yang mereka labelkan sebagai lanun. Kalaulah orang yang menuduh orang lain sebagai lanun, perompak, perampas dan sebagainya yang buruk-buruk, berkelakuan lebih tidak semenggah seperti mana yang terpapar dalam media-media Pakatan haram sendiri, tidakkah ianya menunjukkan Idham Lim dan rakan-rakannya itu sangat terkutuk dan keji sifat mereka tetapi cuba dilindungi dengan menuduh orang lain, khususnya Zambry Abdul Kadir yang Allah Taala angkat sebagai Menteri Besar Perak.

Oleh: Rosli Mohd Sah untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");