Berita Hari Ini
Like

Jambatan ganti Tambak Johor perlu kajian

November 26, 2010
342 Views
1 Comments
2 minutes read
Jambatan ganti Tambak Johor perlu kajian

Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Thierry Pilenko (kanan) mengenai kabel saluran minyak pada majlis perasmian Kilang Asiaflex Products di Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang, semalam.

JOHOR BAHRU 25 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan perlu mengkaji secara mendalam saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perlunya jambatan baru dibina menggantikan Tambak Johor.

Perdana Menteri berkata, pembinaan jambatan baru itu perlu dikaji secara terperinci kerana ia memberi banyak implikasi dalam beberapa aspek termasuk perundangan dan kos.

“Kita kena kaji dulu (pembinaan jambatan baru) sebab banyak implikasi dari segi perundangan, kos dan obligasi kerajaan Pusat dan kerajaan Singapura,” katanya ditemui selepas merasmikan kilang Asiaflex Product milik Technip Malaysia Sdn. Bhd. di Tanjung Langsat, Pasir Gudang dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Technip Malaysia, Bernard di Tullio; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksektutif Technip Malaysia, Therry Pilenko.

Perdana Menteri diminta mengulas saranan Sultan Ibrahim baru-baru ini yang berharap kerajaan Pusat tetap mempertimbangkan pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang merentasi Selat Tebrau menghubungkan Johor dengan Singapura.

Sultan Ibrahim dalam titah baginda sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-52 Isnin lalu mengulangi hasrat baginda supaya kerajaan mempertimbangkan pembinaan jambatan baru itu untuk menggantikan Tambak Johor.

Baginda berpendapat, jambatan baru itu bukan sahaja akan memudahkan lebih 250,000 rakyat negara ini yang kini bekerja di Singapura untuk berulang-alik setiap hari, malah memudahkan rakyat negara jiran itu melancong ke Malaysia.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim telah beberapa kali melahirkan hasrat tersebut kerana menurut baginda, jambatan baru itu amat penting kepada rakyat kedua-dua negara. Utusan Online

Komen & Pendapat

One Comment

Leave a Reply