Berita Hari Ini

Kementerian Cadang Akta Pengangkutan Jalan Dipinda

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi membolehkan kenderaan elektrik didaftarkan dalam negara, kata Menteri Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata pada masa ini, kenderaan elektrik tidak boleh didaftarkan disebabkan oleh akta itu yang mengkehendaki pendaftaran nombor casis dan enjin, sementara kenderaan elektrik tidak mempunyai nombor enjin.

“Pindaan berkenaan akan dibentangkan pada kabinet bulan depan,” kata beliau kepada pemebrita selepas merasmikan Karnival Motor New Straits Times-Maybank COTY2U 2010 di sini, Sabtu.

Karnival Motor COTY2U dianjurkan oleh Cars, Bike and Trucks, penerbitan permotoran New Straits Times.

Acara dua hari itu, bermula hari ini diadakan sempena Anugerah Kereta Terbaik 2010.

Karnival itu dibuka kepada orang ramai dengan bayaran RM5 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak di bawah ketinggan lima kaki.– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");