Perak Hari Ini

Keterbukaan dan kefahaman mengenai agama lain dapat kukuhkan perpaduan

Sikap keterbukaan dan kefahaman terhadap agama kaum lain dapat merupakan faktor penting dalam menangani isu perpaduan dengan berkesan dan komprehensif.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Datuk Dr Mah Hang Soon bagaimanapun berkata ini hanya boleh dicapai melalui penganjuran forum-forum agama.

Katanya forum agama dapat dijadikan sebagai platfom perbincangan matang bagi masyarakat terutama generasi muda untuk memahami anutan agama yang berbeza.

“Melalui forum seperti ini kita dapat membincangkan dan menyalurkan maklumat berkenaan isu semasa dengan lebih tepat dan sahih agar tidak mengelirukan sesiapa demi memelihara perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia yang telah kekal sekian lama

“Program seperti ini juga bukanlah untuk menaikkan sentimen atau menghangatkan lagi suasana dan sesuatu isu tetapi sebagai tempat untuk mewujudkan pemikiran positif dan rasional terhadap antara kaum berbilang agama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");