Perak Hari Ini

Khabar angin Lim Kit Siang ditahan ISA

Khabar angin Presiden DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini adalah tidak benar sama sekali, demikian kata Naib Pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran.

Bercakap kepada Peraknews.com ketika dihubungi sebentar tadi, Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menafikan khabar angin itu sebaliknya berkata, ketika ini Kit Siang sedang berkempen untuk Pakatan Rakyat di DUN Galas, Kelantan.

“Khabar angin mengatakan Lim Kit Siang ditahan bawah ISA adalah tidak benar sekali.

“Beliau kini sibuk membantu jentera Pakatan Rakyat berkempen di Galas yang bakal menghadapi pilihanraya kecil esok,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");