Isu Panas

Krisis DAP Perak: Nepotisme dan Perkauman Cina

Kulasegaran, Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Ipoh Barat diberitakan sebentar tadi menolak tawaran untuk menjadi Naib Pengerusi DAP Perak – jawatan secara lantikan oleh Ngeh Koo Ham merangkap Pengerusi DAP Perak. Penolakan ini mengesahkan bahawa perdamaian kedua mereka yang digembar gemburkan sebelum ini hanyalah satu sandiwara poliitik semata-mata.

Diberitakan bibit-bibit tidak puas hati antara kedua orang ini timbul bila Kulasegaran merasakan DAP Perak terlalu dikuasai dua bersaudara ini Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Meng (sepupu). Rasa tidak puas hati yang membawa kepada perpecahan dalam DAP Perak ini menyebabkan wujud 2 kem berlainan dalam DAP Perak dengan satu diketuai Ngeh dan satu lagi oleh Kulasegaran. Bagaimanapun kedua mereka dilapurkan berdamai dalam apa yang dipanggil ‘formula perpaduan’ pada Oktober.

Tapi bangkai gajah nak tutup macam mana, lama-lama terbau juga. Kemenangan pasukan Ngeh dan Nga mengatasi pasukan Kulasegaran dalam pemilihan DAP Perak semalam mencetuskan perbalahan baru dengan Kula mempertikaikan kemenangan calon2 tertentu walaupun dilapurkan menerima kekalahannya. Hanya seorang ‘orang’ Kulasegaran yang menang dalam pemilihan itu, yang lain semua kaput, sekali dengan Kula lah.

Nampaknya DAP semakin hari semakin hari semakin dikuasai orang-orang yang talian persaudaraan, orang-orang macam Kula yang tidak punya saudara mara dalam kepimpinan politik DAP, semakin terpinggir daripada kepimpinan DAP negeri mahupun peringkat pusat. Ada tidak pun, bergantung harap kepada jawatan secara lantikan oleh pihak yang menang. Perlu diingat, Perak adalah negeri kedua selepas Pulau Pinang yang ‘pernah’ dikuasai DAP maka itu memegang jawatan dalam DAP Perak mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu seperti jaminan jawatan dalam kerajaan negeri (jika kembali memerintah) dan sebagainya.

DAP sekarang terbahagi kepada beberapa fraksi saudara mara dengan keluarga Lim mengetuai senarai (bapa, anak, menantu), keluarga Singh ditempat kedua (bapa, anak, anak) dan sepupu Ngeh/Nga di tempat ketiga. PKR pun parti nepotisme juga tapi dikawal sepenuhnya oleh nasab keturunan al-Ibrahim yang sama, campur al-Ali merangkap madu. PAS coming soon dengan Nik Aziz dah lantik menantu jadi CEO PMBK dan anak sebagai ahli majlis (Nik Abduh). Dalam politik belum lagi, itu yang disebut coming soon tu.

Semua ini tidak sihat untuk satu pembentukan kerajaan persekutuan Malaysia, kalau diperingkat bukan sebagai kerajaan pun dah bercakaran dan boleh menjejaskan perpaduan serta ketidak adilan, bayangkan kalau kelompok-kelompok bersaudara ini membentuk kerajaan persekutuan nanti. Kita bimbang kalau ada berlaku salah guna kuasa di kalangan anak-anak mahupun menantu, takkan bapa yang di atas nak biarkan saja, sudah tentu ada campur tangan dalam mengelakkan tindakan di ambil. Akhirnya siapa yang susah, rakyat jugak.

Barisan kepimpinan baru DAP Perak juga menunjukkan DAP adalah sebenarnya parti cina dengan hampir seluruh barisan kepimpinannya (8 dari 12 orang) dikuasai orang cina. Yang buat ada nama India ialah kerana dilantik oleh Pengerusi dengan bekas Speaker Perak yang masih sakit jiwa, V. Sivakumar dilantik sebagai Tmbalan Pengerusi manakala Kula bersama A Sivanesan, dilantik ke jawatan Naib Pengerusi. Seorang lagi India dalam barisan kepimpinan DAP Perak ialah Penolong S/Usaha Kerja, A Sivasubramaniam (tak pasti lantikan atau menang pemilihan). Melayu? Satu pun tiada, bukti DAP bukanlah parti berbilang kaum seperti yang dicanang-canangkan selama ini.

Justeru itu sementara belum terlewat, marilah bersama-sama menolak kepimpinan pembangkang yang penuh dengan amalan nepotisme dan berpaksi kepada satu kaum semata-mata disebalik kononnya parti berbilang kaum.

p/s Nepotism – favoritism granted to relatives or friends regardless of merit

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");