Berita Hari Ini

Laporan polis terhadap Kit Siang tuduh UMNO kafir

PUTRAJAYA 2 Nov. – Pemuda UMNO Putrajaya hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menuduh ahli UMNO kafir ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian ini, Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat Kit Siang mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 4A(1) iaitu mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

Menurutnya, perbuatan Kit Siang itu jelas menunjukkan sikapnya yang tidak menghormati perasaan orang Melayu beragama Islam yang merupakan ahli-ahli UMNO.

“Sebagai seorang pemimpin politik berpengalaman dan sering membangkitkan soal keharmonian, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata seperti itu sehingga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan ahli UMNO,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hisamudin menambah, kenyataan Kit Siang dilihat begitu melampau dan seolah-oleh mendapat restu daripada pihak lain di dalam pakatan pembangkang.

“Tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab kerana sengaja menimbulkan provokasi dan membelakangkan Perlembagaan yang termaktub bahawa bangsa lain tidak boleh mencampuri urusan pegangan agama bangsa lain,” katanya.

Pendedahan mengenai perkara itu dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mendakwa perbuatan Kit Siang itu berlaku di hadapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");