Isu Panas

Lepas dah bagi RASUAH kenalah berdoa, baru ada BERKAT!

Bagaikan yang dijangka, apabila blog-blog pro-PAS mula menyebarkan tentang kegiatan rasuah yang KUNUN-KUNUNNYA dilakukan oleh UMNO, mereka sebenarnya sedang melindungi sesuatu atau seseorang di dalam PAS yang melakukannya. Beberapa buah blog pro-PAS mengecam tindakan Puteri UMNO yang dikatakan telah memberikan rasuah kepada penduduk Batu Sapi secara terang-terangan.

Setakat ini, rasuah yang dimainkan oleh pihak pro-UMNO dan BN terutama di Galas hanya melibatkan penyelewengan tanah yang diberimilik kepada kroni serta ahli-ahli PAS semata-mata. Begitu juga dengan bungkusan berisi teh, gula, keropok cap bulan dan kopi di dalam bungkusan plastik yang tertera muka Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang selain logo bulan purnama PAS yang berwarna putih dengan latar hijau.

Cerita rasuah Puteri UMNO di Sabah begitu menarik minat kebanyakan blog pro-PAS. Kebiasaannya, semakin aktif blog-blog pro-PAS membuat serangan, bermakna mereka sedang menyembunyikan sesuatu yang lebih besar.

Beberapa blog pro UMNO mulai menyiarkan gambar-gambar tentang pemberian ‘hadiah’ atau ‘sadaqah’ daripada Nik Abdul Aziz dan beberapa orang pengiringnya termasuk Dr.Zul kepada tiga orang pemuda Asli. Dalam keadaan kempen pilihanraya, tindakan tersebut sebenarnya mempunyai signifikan serta gambaran selain persepsi yang sangat berlainan daripada yang sepatutnya.

Berdasarkan keterangan daripada Minaq Jinggo Fotopages, selain berkempen, Nik Abdul Aziz turut mengislamkan tiga orang pemuda secara impromtu…. dan gambar berkenaan adalah gambar tiga orang pemuda Asli yang telah diislamkan. Manakala huluran wang yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah sadaqah kepada saudara baru sebagai salah satu cara menggembirakan dan membantu mereka.

Sebenarnya perbuatan Nik Abdul Aziz dan beberapa orang pengiringnya memberikan wang kepada ketiga-tiga orang muallaf tersebut tidak salah, malah ia sebenarnya satu sunnah kerana Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a dalam Sirah Nabawiyyah juga mengamalkan pemberian hadiah kepada saudara-saudara baru sekalipun Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a tidak pula diceritakan telah menghadiahkan wang.

Bahkan di dalam asnaf zakat, bahagian untuk saudara baru turut diperuntukkan oleh Allah Taala. Begitu juga dengan pembahagian ghanimah. Malah dalam satu peristiwa, Nabi s.a.w telah memberikan bahagian yang cukup besar kepada tentera-tentera Islam yang baru sahaja memeluk Islam setelah peristiwa Fathul Makkah berbanding tentera-tentera Islam yang lebih ‘senior’.

Yang menjadi perhatian sebenarnya adalah pemberian Sijil-Sijil Pendudukan serta Penempatan Orang Asli yang dikeluarkan beberapa hari sebelum kempen pilihanraya berakhir yang menunjukkan betapa Nik Abdul Aziz sangat menyedari sokongan dan kemarahan masyarakat Asli terhadap kerajaan negerinya kerana masih cuba menipu satu Malaysia tentang tanah, Ladang Rakyat, serta perampasan tanah secara besar-besaran.

Itu adalah rasuah yang terang lagi nyata. Janji-janji yang dibuat kepada masyarakat Asli Gua Musang adalah pada 2006 iaitu apabila Ladang Rakyat hendak dimulakan. Sijil-sijil palsu telah pun dikeluarkan dan diserahkan kepada masyarakat Asli pada tahun 2007 dan pada 2010, upacara serta majlis berkenaan diulangi semula. Cuma kali ini, majlis tersebut diulangi tatkala sebahagian besar daripada tanah yang menjadi tanah adat dan tanah rayau Orang Asli telah pun menjadi milik Cina-Cina luar Gua Musang selain Cina-Cina Singapura serta kaum kerabat PAS termasuklah ADUN Galas yang sudah meninggal dunia kerana kanser usus itu!!!!

Sumber: The Flying Kick

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");