Perak Hari Ini

MIC Perak hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran

MIC Perak menghulurkan sumbangan RM4,000 kepada dua keluarga dari Ladang Menglembu yang tinggal sehelai sepinggang dalam satu kebakaran yang memusnahkan rumah mereka baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan Pengerusi MIC negeri, Datuk S Veerasingam kepada N Ramayee; 69 dan N Thukasvari; 20, yang juga pekerja di ladang berkenaan.

Empat buah rumah hangus terbakar dalam kejadian 5.30 petang itu, dua rumah dimiliki pekerja ladang manakala dua lagi didiami pekerja warga asing.

Bantuan awal seperti makanan turut diserahkan MIC Bahagian Batu Gajah yang diketuai pengerusinya, S Pulekasi.

Sementara itu, kedua-dua mangsa yang ditemui menyatakan rasa syukur dan penghargaan kepada MIC Perak kerana sudi menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");