Perak Hari Ini

PBCC berperanan gerakkan pelaburan di Perak

Kerajaan negeri yakin usaha mempromosi Perak sebagai destinasi pelaburan di luar negara akan menjadi lebih berkesan dengan penubuhan jawatankuasa Perak Business Consultative Council (PBCC).

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Datuk Hamidah Osman berkata jawatankuasa PBCC yang dipengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri berperanan merancang dan memperkukuhkan kerjasama dua hala dan komunikasi antara pemain industri tempatan dan luar negara.

PBCC dianggotai oleh agensi pelaburan kerajaan Invest Perak, Dewan Perniagaan Melayu, Cina, India, FMM dan Malaysia International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dan persatuan lain.

Katanya misi pertama PBCC adalah lawatan balas kepada Singapore Manufacturers’ Federation bagi mewujudkan kerjasama dua hala antara pemain-pemain industri Perak dan negara Republik itu pada 9 hingga 12 November.

“PBCC adalah hasil gabungan kerjasama antara kerajaan negeri dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri khususnya menggerakkan pelaburan di negeri Perak.

“Kita yakin dengan adanya PBCC, ia akan menarik pelaburan terutama dari negara jiran Singapura akan menjadi kenyataan,” katanya.

Hamidah berkata delegasi PBCC seramai 18 ahli ke Singapura itu juga akan menyertai Fascinating Malaysia Travel Fair di negara itu pada 12 hingga 14 November di mana satu sesi mengenal pasti potensi rakan niaga akan diadakan.

“PBCC juga telah mendapat persetujuan daripada Singapore Manufacturers’ Federation untuk mengiklankan Perak kepada 5,000 ahli mereka yang merupakan pemain industri penting di Singapura,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");