Perak Hari Ini

PBT Hadapi Tekanan Di Kawasan Yang Dikuasai Pembangkang

Beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghadapi masalah melaksanakan tugas ekoran mendapat tekanan di kawasan yang dikuasai pembangkang, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar dan Pengangkutan Awam Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata tekanan yang diberikan menyebabkan PBT menghadapi masalah untuk melaksanakan program dan perancangan pembangunan di kawasan terbabit.

“Tindakan (tekanan) ini adalah tidak sihat dan tidak sepatutnya berlaku…kita akan menyiasat terlebih dahulu aduan (PBT) itu sama ada berasas atau sebaliknya sebelum mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Ahli Majlis PBT Perak di sini Selasa.

Beliau berkata tekanan daripada pihak luar termasuk pembangkang adalah perkara biasa tetapi menimbulkan tekanan dan masalah kerana pembangkang bijak memanipulasi apabila sesuatu isu berbangkit.

Menurutnya, PBT sepatutnya tegas dalam tugas dan sekiranya perlu bentangkan hujah dan fakta tepat tanpa perlu tunduk dan gentar dengan tekanan yang diberikan.

Katanya, PBT perlu melaksanakan tanggungjawab berkhidmat untuk orang ramai dengan perkhidmatan yang terbaik.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");