Berita Hari Ini

Penunjuk ekonomi positif tingkat keyakinan masyarakat luar – Najib

PUTRAJAYA 17 Nov.- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, momentum positif dalam ekonomi negara mutakhir ini telah meningkatkan keyakinan rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa terhadap hala tuju kerajaan.

Perdana Menteri berkata, beberapa penunjuk ekonomi antaranya pencapaian tertinggi Bursa Malaysia baru-baru ini, kedudukan nilai mata wang negara yang semakin kukuh serta kemampuan daripada segi indeks persaingan menggambarkan keyakinan semua pihak terhadap segala perancangan kerajaan.

Beliau berkata, penunjuk-penunjuk ekonomi yang positif itu juga akan membolehkan Malaysia mencapai kadar pertumbuhan sekurang-sekurangnya tujuh peratus tahun ini.

“Alhamdulillah, memang perkembangan mutakhir ini menampakkan bahawa kita telah berjaya untuk mencetuskan apa yang saya sifatkan sebagai momentum positif dalam ekonomi untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang video dengan masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara sempena Hari Raya Aidiladha di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini hari ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");