Perak Hari Ini

Perak buka jalan pengusaha tempatan lebarkan perniagaan

Pengusaha tempatan di Perak berpeluang melebarkan perniagaan ke negara-negara maju berikutan inisiatif kerajaan Perak untuk menyertai expo pertanian terbesar dunia di Wenzhou, China.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata sebanyak 60 syarikat tempatan yang mana 36 adalah pengusaha Perak akan menyertai expo lima hari bermula 19 November.

Katanya kerajaan Perak telah menempah 80 gerai untuk memasarkan 180 produk tempatan dari Perak seperti kopi putih Ipoh, sarang burung, sos cili, makanan halal, ikan kering, kacang, tongkat ali dan baja.

“Expo ini akan menjadi platfom untuk barangan kita menembusi pasaran China yang mempunyai penduduk lebih daripada 1.2 billion.

“Kita menerima jemputan kali pertama daripada pihak penganjur berdasarkan hubungan persahabatan Ipoh-Wenzhou yang kita tandatangani Jun lalu,” katanya.

Hamidah berkata expo tersebut merupakan hubungan dagangan balas daripada expo barangan China, Wenzhou yang diadakan di Ipoh Jun lalu.

Selain produk Perak, minyak masak, buah-buahan dan minuman herba yang dihasilkan pengusaha seluruh negara akan diperkenalkan pada expo tersebut.

Katanya, produk-produk pelancongan terutama dari Perak akan diketengahkan sempena penganjuran expo berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");