Perak Hari Ini

Perak sedia 318 pusat pemindahan

IPOH: Perak menyediakan 318 pusat pemindahan yang mampu memuatkan 116,445 mangsa sebagai persediaan jika berlaku banjir di negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim, berkata kerajaan negeri sudah membuat persediaan rapi dengan membuka pusat pemindahan itu di sembilan daerah, selain menyediakan bantuan pakaian, makanan dan ubat-ubatan.
Katanya, Larut, Matang dan Selama (Taiping) adalah daerah tertinggi mempunyai pusat pemindahan iaitu 77 pusat, diikuti Kuala Kangsar (53 pusat), Hilir Perak (38 pusat), Perak Tengah (33 pusat) dan Kinta (29 pusat).
“Kerian pula menempatkan 25 pusat pemindahan, diikuti Hulu Perak, Grik (23 pusat) serta Manjung dan Batang Padang masing-masing 20 pusat,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mesyuarat berkaitan persediaan itu diadakan semalam dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berfungsi sebagai penyelaras.

“Antara agensi terbabit dalam persediaan itu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Meteorologi, Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Agensi seperti polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) turut bersedia menghulurkan sumbangan” katanya.
Semua pihak terutama penduduk diminta buat persediaan awal bagi memastikan tiada yang terperangkap atau lambat menerima bantuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");