Perak Hari Ini

PKR tiada asas perjuangan jelas

Pergolakan antara pemimpin Parti Kedilan Rakyat (PKR) tidak dapat dielak kerana parti itu tidak mempunyai asas perjuangan yang jelas untuk negara sebaliknya lebih tertumpu kepada masalah yang dihadapi seorang individu sahaja.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata parti itu bukan sahaja bermasalah dengan pemimpin yang dalam satu aliran, idelogi tetapi juga dengan mereka yang boleh dianggap sangat liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim.

“Bagi saya, pergolakan pemimpin PKR yang berlaku hari ini menunjukkan mereka bukan sahaja bermasalah dengan orang yang satu aliran pemikiran, ideologi tetapi nampaknya setiap orang dan semua orang di luar sana yang mempunyai pelbagai pemikiran.

“Saban hari, semakin ramai rakyat dan pemimpin PKR sedar mengenai perjuangan parti itu yang tidak jelas dan mereka kini kembali menyokong UMNO,” katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Beliau mengulas senario terbaru krisis dalaman PKR berhubung tindakan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR kerana kecewa dengan aktiviti penipuan dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Zaid yang juga pencabar terkuat Azmin Ali bagi jawatan nombor dua tersebut turut meletak semua jawatannya dalam PKR.

Sementara itu, Dr Zamby berkata, tindakan rakyat kembali menyokong UMNO menunjukkan bahawa mereka tidak lagi percaya kepada PKR yang tiada haluan jelas dalam perjuangan membela rakyat.

“Ia kemudiannya diterjemahkan konon-kononnya sebagai satu perjuangan rakyat walhal ia untuk kepentingan seorang individu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun BN dikecam sebagai kotor, parti perkauman dan sudah ketinggalan zaman, rakyat tahu parti itu tetap berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara selain turut mengambil kira kedudukan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");