Berita Hari Ini

Poligami: Fadzil mengaku disiasat JAIS

PUTRAJAYA 9 Nov. – Mohd. Fadzil Rahman, 31, hari ini mengaku dia ialah individu yang sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Lebih mesra dengan panggilan ‘Mike’ di kalangan rakan-rakan, Mohd. Fadzil berkata, segala perbuatan yang dilakukan adalah atas tanggungjawab sendiri dan bersifat peribadi.

Dalam hal ini, beliau menjelaskan dirinya bukan lagi Penolong Pengarah Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO setelah melepaskan jawatan pada 1 Oktober lalu.

“Saya tidak mahu perbuatan ini dikaitkan dengan Biro Aduan yang diketuai Datuk Muhd. Khairun Aseh.

“Perbuatan berpoligami tanpa kebenaran ini adalah kesilapan saya sendiri sebab saya jahil dan terpengaruh dengan kata-kata orang,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Fadzil yang kini menjalankan perniagaan sendiri berkata, beliau bersedia memberi kerjasama kepada JAIS dalam kes tersebut.

“Saya mengaku bernikah pada 10 Oktober lalu dan sekiranya JAIS sudi bekerjasama dengan saya (menyiasat perbuatan berpoligami tanpa kebenaran), saya sedia berbuat demikian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");