Perak Hari Ini

Polis tubuh pasukan khas siasat kes bunuh peguam

IPOH: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan bantuan IPK Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes pembunuhan seorang peguam di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata pihaknya memandang serius kes pembunuhan itu kerana ia membabitkan seseorang yang mempunyai kerjaya cukup dihormati.

“Pasukan Tugas Khas itu akan diketuai oleh Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim, bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Ipoh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan ada kemungkinan pembunuhan itu berkaitan dengan urusan kerja.

“Bagaimanapun, siasatan terperinci perlu dilakukan sebelum sebarang kesimpulan diambil,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, seorang peguam, G Balasunderam, 57, yang baru turun dari kereta di hadapan rumahnya selepas pulang dari pejabat, diserang dua lelaki bertopeng di Taman Desa Rishah, Buntong di sini.

Balasunderam yang cedera parah meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 9 malam. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");