Perak Hari Ini

Rakyat semua kaum digesa hayati dan fahami kebimbangan Majlis Raja-Raja

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyeru semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama memandang serius terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu.

Katanya apa yang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu semasa persidangan baru-baru ini perlu dihayati dan difahami oleh rakyat berbilang kaum supaya politik yang mencetus api perkauman dapat dielakkan.

Katanya Majlis Raja-Raja berhak untuk menyatakan pendirian sedemikian termasuklah kebimbangan terhadap usaha mencabar kedaulatan Perlembagaan negara kerana baginda merupakan ketua negara.

“Ini merupakan satu keprihatinan Majlis Raja-Raja terhadap keadaan yang berlaku pada hari ini.

“Kebimbangan ini wajar bagi saya memandangkan Majlis Raja-Raja Melayu berhak untuk menyampaikan dan mengingatkan rakyat terhadap perkembangan semasa yang berlaku

“Saya yakin apa yang disampaikan adalah sebagai tanda peringatan kepada sekalian warga yang ada dalam negara kita supaya mengambil maklum tentang perkara-perkara yan sudah pun terdapat dalam Perlembagaan. Ia ewajarnya difahami dan dihayati oleh sekalian masyarakat,” katanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dalam kenyataannya menyatakan bahawa Majlis Raja-Raja bimbang dan memandang berat trend politik semasa di negara ini yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.

Kenyataan itu yang dikeluarkan hasil Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 pada 13 dan 14 Oktober lalu turut menyatakan bahawa Majlis Raja-Raja telah menitahkan seluruh rakyat memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");