Berita Hari Ini
Like

Rockybru Dan Jurublog

November 29, 2010
319 Views
0 Comments
2 minutes read
Rockybru Dan Jurublog

Seorang guru tingkatan enam baru-baru ini menceritakan kepada Awang tentang kecenderungan dan minat pelajar untuk menjadi apa dan seperti siapa, apabila dewasa nanti.

Katanya, ada beberapa pelajar tidak langsung memilih kerjaya sebagai akauntan, jurutera, doktor, arkitek mahu pun peguam. Apa yang mereka pilih? Rupa-rupanya mereka mahu menjadi pengendali blog popular. Nama yang paling banyak disebut ialah Rocky’s Bru (nama sebenar Ahirudin Attan).

Begitulah pengaruh blogger atau jurublog dewasa ini. Salah satu sebab mengapa jurublog seperti Ahirudin menjadi idola orang muda adalah kerana keberanian dan ketajaman tulisan mereka.

Sebenarnya ramai lagi jurublog termasuk negarawan, bekas ketua editor, bekas pegawai awam dan aktivis sosial, menjadi perhatian masyarakat. Sama ada suka atau tidak, mereka semakin mewarnai hidup kita. Ada sebahagian hal yang kita tidak mampu lakukan, mereka yang ke hadapan dalam memainkan peranan itu. Awang angkat topi kepada semua termasuk kalangan yang muda seperti Big Dog, Mykmu dan RBF.

Pada Awang, peranan yang dimainkan oleh kelompok ini kepada masyarakat amat besar biarpun kerap mencetuskan kontroversi terutama berkaitan isu-isu yang panas.

Awang turut tertarik dengan analisis yang segar dan mendalam seperti yang selalu dihasilkan dalam kadirjasin.blogspot; hambali1.blogspot.com

Terbaru kupasan Hambali Latif (bekas editor) mengenai media termasuk Utusan yang disajikan dalam dua bahagian, cukup menarik. Ada juga jurublog yang hentam Awang, itu pun Awang tidak kisah. Biarlah mereka menyuarakan apa sahaja dan terserah kepada pembaca menilai. Namun secara keseluruhannya, kebanyakan jurublog di negara ini walaupun kritis bersikap bertanggungjawab. Bayangkanlah juga kehidupan kita di depan komputer tanpa mereka. Tentu hambar.

Sumber: Utusan Online

Komen & Pendapat

Leave a Reply