Perak Hari Ini

Seladang buru pemain bertaraf bintang

Perak sedang memburu beberapa nama besar dalam sukan bola sepak negara untuk disenaraikan dalam skuad Liga Super musim 2011.

Dalam buruan awal, Perak berjaya memikat ketua pasukan Kedah, Shahrulnizam Mustapa, bagi menyarung jersi skuad Seladang.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengesahkan bahawa Shahrulnizam antara lapan pemain luar yang bersetuju untuk mewakili Perak.

Zainol berkata, ketua jurulatih Perak, Norizan Bakar sedang mengintai empat ‘nama besar dalam Liga Super ‘ bagi disenaraikan dalam skuad Seladang.

”Terserahlah kepada Norizan untuk mendapatkan nama-nama besar tersebut,” jelas Zainol yang enggan

mendedahkan nama pemain yang menjadi idaman skuad itu.

Katanya, pemain yang sedang diburu itu terdiri daripada dua penyerang, seorang pemain tengah dan pertahanan.

Skuad Perak menamakan bekas jurulatih kebangsaan, Norizan bagi menerajui skuad Seladang, menggantikan Raja Azlan Shah Shoib.

Norizan akan dibantu oleh jurulatih Piala Presiden, Choong Yee Fat dan jurulatih penjaga gol, Abdul Talib Saidi dalam usaha membentuk skuad Seladang.

Selain Shahrulnizam, pemain pertahanan ATM, Chan Wing Hoong dan penjaga gol ATM, Mohd Nasril Mat Nourdin turut ditawarkan menyertai Perak.

Pemain-pemain lain yang turut ditawarkan oleh PAFA adalah Mohd. Khairi Zainuddin (PKNS), Mohd. Syahman Zainuddin (Kuala Lumpur), Harizul Izuan Abdul Rani (T-Team Terengganu), Mohd. Noor Hazrul Mohd. Mustafa (Perlis) dan Mohd. Shahrul Hafiz Mohd. Shafie (Harimau Muda).

Selain itu, Zainol turut menyatakan hanya sepuluh daripada 24 pemain musim lalu dikekalkan.

Penyerang sensasi, Razali Umar Kandasamy bersama-sama Khairul Amri Salehuddin, Kamarul Effandi Abdul Rahim, Azmeer Yusof, Isma Alif Mohd. Salim, K. Nanthakumar, Mohd Khalis Ibrahim, Khairul Izzat Jamaluddin, Mohd. Syazwan Mohd. Roslan dan Muhammmad Nazri Mohd. Kamal dikekalkan.

Tiga pemain Piala Presiden dinaikkan pangkat ke Liga Super adalah Mohd. Basir Basharuddin, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan dan Nurul Nashriq Kamarddin.

Bekas jurulatih penjaga gol, Megat Amir Faisal Al-Khalidy Ibrahim antara 14 pemain yang digugurkan.

Pemain-pemain lain yang digugurkan oleh Mohd. Arif Fazlie Saidin, Mohd. Hafiz Abd. Rahman, Benedict Martin, Mohd. Hafiszuan Salehuddin, Shahrizal Mohd. Saad, Mohd. Saufi Saadi, Shafuan Adli Shaari, Muhd. Arif Ismail, Wan Azwari Wan Nor, Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin, S. Sathiakumaran, Mohd. Fauzzi Mohd. Kassim dan J. Thevaggaran Nair.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");