Perak Hari Ini

Sidang DUN 30 November : Ganesan

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan mengesahkan sidang DUN penggal ketiga akan berlangsung pada 30 November depan.

Tindakan tegas katanya, akan diambil terhadap wakil rakyat yang membuat kekecohan seperti sidang DUN yang lalu mengikut Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.

“Saya berharap wakil rakyat dapat menjalankan tugas mereka yang sebenar dengan membincangkan isu berbangkit tentang rakyat tanpa menyentuh isu politik,” katanya selepas program Yayasan Bina Upaya (YBU) di Buntong, semalam.

Sidang DUN kali ini akan membentangkan Bajet 2011 dan 59 notis sudah dihantar kepada semua wakil rakyat pada 28 Oktober lalu.

“Peluang sama rata akan diberi kepada semua wakil rakyat untuk mengemukakan soalan tambahan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");