Perak Hari Ini

Sivanesan Setuju Jadi Naib Pengerusi DAP Perak

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sungkai, A. Sivanesan bersetuju menerima pelantikan sebagai Naib Pengerusi DAP negeri Perak.

Sivanesan, yang kalah dalam pemilihan mengisi senarai anggota jawatankuasa DAP perak pada konvensyen Ahad lepas, beliau membuat keputusan itu selepas mengadakan beberapa perbincangan dengan pemimpin dan ahli parti.

Pada Khamis, Anggota Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran menolak tawaran daripada pucuk pimpinan baru DAP Perak supaya mengisi satu lagi jawatan naib pengerusi.

Kulasegaran yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Perak turut tewas dalam pemilihan berkenaan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");