Perak Hari Ini

Tindakan Zambry tidak campur tangan tepat – Hang Soon

Tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk tidak campur tangan dalam isu debat antara DAP dengan salah seorang Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon disifatkan sebagai tepat.

Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, isu itu sengaja ditimbulkan DAP sebagai polemik untuk menggugat ketenteraman rakyat yang semakin kembali meyakini Barisan Nasional (BN).

”Tujuan mereka mengajak berdebat adalah semata-mata mahu mengeruhkan keadaan kerana mereka dapati rakyat kini semakin tenang dan semakin meyakini BN di bawah kepemimpinan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

”Jika mereka ikhlas dan benar-benar ingin berdebat, saya cadangkan mereka kemukakan segala hujah atau isu berbangkit semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang,” katanya di sini hari ini.

Fauzi mengulas isu debat yang cuba dihangatkan oleh pakatan pembangkang termasuk mahu mengheret penyertaan kerajaan BN dalam perkara tersebut.

Sebelum ini, Hang Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, menyatakan kesediaannya untuk berdebat, namun, dikenakan pelbagai syarat.

Menurut Fauzi, beliau percaya, perdebatan tersebut tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada rakyat berikutan matlamat parti pembangkang itu hanyalah untuk mencapai cita-cita politik sempit mereka.

”Kalau benar ada isu rakyat, saya cabar mereka hadir dan berhujah sebagai wakil rakyat yang bermaruah dan berdisiplin. Jangan kerana kepentingan agenda politik DAP dan pakatan pembangkang, rakyat jadi mangsa,” katanya.

Kata Fauzi, sikap rasional Zambry membuktikan beliau seorang pemimpin yang lebih mengutamakan masa depan rakyat dan negeri daripada kepentingan peribadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");