Isu Panas

UPACARA TIANG SERI: ZAMBRY KENA SABOTAJ?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan isu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober lalu, telah diandaikan bahawa ada pihak cuba untuk mensabotaj beliau dan sudah tentu pihak pertama yang akan didakwanya ialah pembangkang.

Pertamanya, DPPN Pk menafikan keterlibatan atau sebarang usaha mensabotaj Datuk Seri Zambry di dalam isu ini kerana apa yang penting atau pengajaran di dalam perkara ini ialah meninggalkan amalan khurafat yang berunsur syirik di dalam masyarakat Melayu / Islam. Yang keduanya ialah, mengapa pula DPPN Pk yang dituduh mensabotaj Datuk Seri Zambry sedangkan ianya adalah adalah program anjuran kerajaan negeri dan DPPN Pk   tidak berada ditempat kejadian atau merancang majlis tersebut.

Persoalan yang timbul, adakah pegawai-pegawai kanan Datuk Seri Zambry tidak menjalankan tugas mereka bagi memeriksa, memastikan dan menilai setiap aturcara yang bakal dijalankan? Apakah penglibatan Datuk Ramly Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Manong yang juga EXCO Kerajaan Negeri di dalam majlis tersebut? Mengapakah pihak penganjur Yayasan Bina Upaya (YBU) tidak merancang program tersebut dengan teliti? Dan yang terakhirnya ialah, adakah pengendali laman web peraktoday.com tidak prihatin setiap rakaman gambar atau video sebelum dimuatkan di dalam laman web tersebut?

Bagi DPPN Pk, semua yang terlibat ada jawapan mereka yang Datuk Seri Zambry perlu mengetahuinya. Adakah salah seorang daripada mereka yang mensabotaj Datuk Seri Zambry? Marilah kita sama-sama tunggu pengakuan mereka, sudah tentu orang politik iaitu Datuk Ramly yang awal-awal menafikannya sudah terlepas. Ini termasuk laman web peraktoday.com yang telah membuang semua rakaman gambar dan video tersebut.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,

NOTA KAKI;

Kenapa Pas menafikan mereka tidak terlibat sedangkan merekalah yang memainkan isu ini dan merekalah yang menghasut Mufti Perak supaya menghukum Zambry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");