Perak Hari Ini

Zahid tak perlu minta maaf

BAGAN SERAI – Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Bagan Serai Cawangan Bagan Serai menyatakan pendirian mereka yang akan tetap berdiri teguh di belakang Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Jawatankuasa Penerangan dan Jurucakap PBTM Cawangan Bagan Serai, Osman Husain atau Man Balak, 70, berkata, PBTM tidak bersetuju jika Datuk Seri Zahid Hamidi memohon maaf secara terbuka berhubung isu yang dibawa ke Parlimen baru-baru ini atas didesak pihak tertentu.

Menurutnya, sepatutnya kenyataan Zahid mengenai isu bukan Melayu yang dikatakan tidak patriotik itu dipandang positif oleh kaum berkenaan bukan sebaliknya.

“Zahid berkata demikian dengan tujuan membuka kesedaran kaum bukan Melayu untuk lebih bersikap patriot dan menyertai angkatan pertahanan negara.

“Keadaan ini jelas dilihat apabila kurangnya penglibatan kaum bukan Melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ” katanya ketika mengadakan sidang akhbar di pejabat PBTM Wisma Pahlawan, Bagan Serai, semalam.

Hadir sama, Setiausaha PBTM Cawangan Bagan Serai, Khairuddin Mahmud dan Timbalan Pengerusi PBTM Cawangan Bagan Serai, Suhaimi Abdullah.

Katanya, antara alasan kurangnya minat orang bukan Melayu ialah pendapatan sebagai ATM adalah rendah, disiplin terlalu ketat dan kebajikan tidak lengkap.

“Kenyataan sebegini disalah ertikan pihak tertentu bagi menimbulkan soal perkauman yang tidak sepatutnya dimainkan terutamanya oleh pihak parti pembangkang.

“Sebenarnya masyarakat telah sedia maklum mengapa kaum bukan Melayu kurang minat untuk menyertai ATM dan mereka harus menerima dengan hati terbuka serta bertanggungjawab,” katanya.

Dia mewakili 600 ahli PBTM Cawangan Bagan Serai tetap berdiri teguh di belakang Zahid dan berharap menteri itu tidak tunduk dengan desakan pihak tertentu kerana tiada sebab untuk beliau memohon maaf.

“Sepatutnya kaum bukan Melayu sedar akan kelebihan menyertai ATM antaranya ialah wang khairat kematian yang sebelum ini diberikan berjumlah RM500 ditambah sebanyak RM3,000 hasil kepimpinan Zahid,” katanya

Katanya, banyak lagi kelebihan apabila menyertai angkatan tentera dan kaum bukan Melayu perlu buang pandangan negetif mereka terhadap ATM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");