Berita Hari Ini

Zaid Batal Sidang Media

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mengambil keputusan untuk membatalkan pertemuannya dengan pihak media esok (Jumaat) khusus untuk menyatakan kedudukan beliau dalam parti itu.

Sebaliknya, beliau hanya akan memberi penjelasan melalui blog peribadinya www.zaiduntukrakyat.com.

“Sila ambil perhatian bahawa sidang media Datuk Zaid esok dibatalkan kerana beliau mempunyai hal penting namun ia (penjelasan) akan dimuatkan dalam blognya,” kata pembantu politiknya, Muhammad Firdaus Christopher menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Khamis.

Zaid yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan timbalan presiden minggu lalu mengesahkan akan meninggalkan PKR dalam satu pertemuan eksklusif dengan akhbar The Star Isnin lalu kerana sudah meluat dengan kepimpinan PKR.

Bagaimanapun beliau menegaskan belum menghantar sebarang surat rasmi kepada pucuk pimpinan PKR mengenai keputusannya itu.

Zaid, yang menyertai PKR pada Jun tahun lalu selepas dipecat dari Umno turut menggesa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali supaya berundur dan mendakwa kedua-dua mereka adalah punca segala masalah dalam parti.

Sementara itu difahamkan Anwar dijadual akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan ahli PKR Selangor bagi menyampaikan ‘amat penting’, berkaitan kontroversi pemilihan parti.

Difahamkan juga setiap cabang PKR Selangor akan menghantar seramai 50 orang wakil bagi menghadiri taklimat yang akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Jumaat malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");