Berita Hari Ini

Zaid Umum Keluar PKR 16 Disember; Tubuh Parti Baru …

PETALING JAYA: Datuk Mohd Zaid Ibrahim pagi Jumaat secara rasminya mengisytiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat – 18 bulan selepas menyertainya.

Surat mengenai keputusannya untuk meninggalkan PKR telah dihantar ke Ibu Pejabat parti itu hari ini.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di Tropicana di sini, pagi tadi, Zaid mengumumkan 16 Disember sebagai tarikh beliau keluar dari parti itu.

Serentak dengan itu, beliau turut mengumumkan hasratnya untuk menubuhkan sebuah parti baru yang memperjuangkan isu-isu rakyat sebelum pilihan raya umum akan datang dan menyatakan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya umum.

Sidang akhbarnya itu dipenuhi dengan para penyokongnya yang terdiri daripada ahli-ahli PKR yang dijangka akan turut mengikut jejak langkah yang sama tidak lama lagi. Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");