Perak Hari Ini

Zambry: Jangan terlalu ghairah dengan kemenangan di Batu Sapi dan Galas

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tidak patut dirai berlebih-lebihan seolah-olah parti itu kini berada dalam keadaan yang selamat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata selain membuktikan keyakinan rakyat terhadap BN kembali pulih, ia juga memberi petanda supaya pemimpin BN jangan terlalu ghairah dengan kejayaan.

Sebaliknya, pengajaran yang perlu diambil daripada kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas adalah setiap pemimpin parti komponen itu hendaklah bekerja dengan lebih keras lagi bagi memastikan kejayaan yang lebih besar buat BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Kejayaan besar itu menunjukkan satu perubahan sikap rakyat yang sekarang sudah cenderung untuk bersama-sama BN.

“Ianya juga adalah pengiktirafan dan sokongan rakyat kepada BN yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Ini satu perkembangan yang amat memberangsangkan namun begitu saya ingin mengingatkan semua pihak supaya kita jangan terlalu ghairah dengan kemenangan ini.

“Kita hendaklah mengambil pengajaran yang sangat penting. Saya percaya bahawa kepimpinan Barisan Nasional akan lebih memberi tumpuan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat,” katanya.

Sehubungan itu katanya setiap pemimpin BN perlu menganggap kemenangan di Galas dan Batu Sapi sebagai titik tolak dan pendorong untuk terus berkerja demi rakyat.

Zambry berkata, perjuangan pemimpin BN tidak harus terhenti selepas kemenangan itu sebaliknya perlu terus membela nasib rakyat bagi meraih sokongan tidak terhingga di kalangan rakyat.

Beliau mengulas kemenangan Datin Linda Tsen calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS) di Batu Sapi dan Abdul Aziz Yusof yang merampas semula kerusi BN di Galas.

Linda yang menggantikan tempat mendiang suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah di Batu Sapi menang dengan majoriti 6,359 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat Ansari Abdullah yang memperoleh 2,919 undi sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mendapat 1,750 undi.

Di Galas pula calon BN Abdul Aziz Yusoff berjaya merampas semula kerusi dun itu dengan menang majoriti 1,190 undi setelah mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperoleh 4,134 undi.-PerakBN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");