Perak Hari Ini
Like

DUN Perak, Sampai Bila Nak Aman?

December 5, 2010
132 Views
0 Comments
3 minutes read
DUN Perak, Sampai Bila Nak Aman?

Persidangan DUN Perak yang baru berakhir penuh dengan warna-warna kekecohan yang dicetus pembangkang. Baru saja persidangan bermula pada Isnin, seorang ADUN pembangkang (PKR – Hutan Melintang) telah di halau keluar dewan kerana membuat kecoh. Untuk makluman, ADUN inilah yang menafsir surah Ali Imran secara tak betul dalam ucapannya semasa Kongress Nasional 2010 yang lepas berlangsung.

Imej-imej yang dipapar di kaca TV memperlihatkan betapa kebanyakkan ADUN Pembangkang ini bersikap tak ubah macam beruk dan tidak menghormati perjalanan dewan. Antara yang dapat dilihat ada para YB pembangkang ini terjerit-jerit ketika Menteri Besar sedang berucap dan sebagainya.

Bila dan macam mana nak bela nasib rakyat?

Ini bukan kali pertama kekecohan berlaku, malah sejak kerajaan DAP tumbang, kekecohan berlaku setiap kali ada persidangan dewan. Rakyat yang diluar ternganga saja mulut menantikan permasalah mereka dibentang dan dibincang secara aman damai di dalam persidangan DUN. Tapi lain pulak yang jadi bila masalah rakyat tidak diutamakan sebaliknya isim gila kehilangan kuasa yang lebih mewarnai dewan.

Malah Utusan pernah menyifatkan kekecohan yang berlaku sebelum ini ibarat macam dalam zoo, apa semua YB pembangkang ini tak tahu malu ke terus menerus menunjukkan kebodohan kepada khalayak umum?

Dah hampir dua tahun sejak kejatuhan kerajaan DAP Perak dan Menteri Besar de facto Ngeh Kor Ham ke tangan BN tapi masih lagi tak boleh nak terima hakikat ke pembangkang semua ni? Orang mati bini pun (setelah bertahun-tahun kahwin), paling cepat 3 bulan dah kahwin lain dan mulakan hidup baru tapi pembangkang baru hilang kuasa memerintah yang taklah berapa lama sangat, masih meroyan tak hilang sampai sekarang.

Semua saluran undang-undang dah digunakan pihak pembangkang dan ada antaranya masih berjalan (Kes Sivakumar) dan setakat mana yang telah diputuskan mahkamah, kerajaan BN yang dibentuk hasil penyertaan 3 ADUN Bebas itu adalah kerajaan yang sah.

Penulis tak faham apa yang susah sangat nak terima hakikat kehilangan kuasa? Semuanya ditentukan oleh majoriti ahli dalam dewan. Kalau sebelum ini DAP, PKR dan PAS berpakat-pakat untuk membentuk kerajaan haram Pakatan Rakyat di Perak walaupun Pakatan Rakyat tidak wujud sebelum itu, kenapa BN tak boleh berpakat dengan ADUN yang mengisytiharkan dirinya bebas untuk membentuk kerajaan baru di Perak pula?

Soal ADUN yang isytihar dirinya bebas tidak memenuhi kehendak rakyat yang mengundi mereka juga tidak sepatutnya timbul kerana rakyat telah memutuskan wakil mereka dan terpulanglah kepada wakil tersebut untuk menentukan cara mana yang baik untuk rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Sama keadaannya bila ADUN Bota meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR tidak berapa lama sebelum kejatuhan kerajaan DAP Perak, tidak ada apa masalah pun ketika itu malah disambut dengan sorak gembira oleh Anwar Ibrahim yang memimpin Pakatan Rakyat.

Soalannya sampai bilakah kekecohan ini akan berterusan? Mengikut undang-undang negeri, persidangan DUN mesti diadakan setiap 6 bulan sekali dan adakah setiap kali itu kita akan menyaksikan kekecohan yang sama?-MyKMU.net

Komen & Pendapat

Leave a Reply