Perak Hari Ini
Like

Maju projek tanaman pisang berkelompok

December 6, 2010
161 Views
0 Comments
1 minute read
Maju projek tanaman pisang berkelompok

Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama membelanjakan RM200,000 bagi memajukan kira-kira 12.8 hektar tanah penduduk di sekitar Sungai Segar dengan tanaman pisang secara berkelompok.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata setakat ini, seluas 1.2 hektar tanah sudah dibersihkan bagi tujuan tersebut.

“Projek ini bertujuan membantu para petani yang memiliki tanah tetapi tidak mempunyai modal untuk membangunkan tanah mereka,” katanya yang membuat tinjauan di kawasan tapak projek, kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Pertanian Daerah Larut,Matang dan Selama, Zulkifli Yaacob dan Pegawai Pertanian Selama, Zulmajidi Rafidi Abdul Rahman.

Beliau turut melawat projek membina Pusat Pemasaran Pertanian bernilai RM8,000 di Sungai Segar, dekat Bagan Bahru.

Jelasnya, kerja membina bangunan tersebut yang bermula 3 November lalu dijadual siap dua minggu lagi.

“Ia akan membantu dari segi memasarkan produk pertanian dari sekitar Sungai Segar termasuklah kuih-muih, anyaman dan kraf tangan.

“Selain Sungai Segar, pusat sama juga sudah dibina di Kampung Mesjid, Ijok,” katanya.

Beliau berkata, sejak pusat itu dibuka, ia banyak membantu petani tempatan dalam memasarkan hasil usaha mereka.

Ketua Kampung Sungai Segar, Zulkifli Ahmad, berkata sebelum ini, beliau pernah mengemukakan permohonan kepada Adun Kubu Gajah untuk menambak kawasan berhampiran agar bangunan pusat itu akan menjadi lebih selesa kelak.

Komen & Pendapat

Leave a Reply