Perak Hari Ini

Masyarakat India disaran lebih berterima kasih kepada kerajaan

Kerajaan kepimpinan BN sebenarnya semakin mengambil berat akan kebajikan masyarakat India di negara ini. Selama lebih daripada 53 tahun selepas merdeka, banyak yang telah dimanfaatkan oleh mereka, tetapi, sejak dua tahun kebelakangan ini semakin besar jumlah yang telah diberikan.

Oleh sebab itu, presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Samy Vellu menyarankan agar masyarakat India berbanyak terima kasih di atas keperihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan sejak akhir-akhir ini.

“Dalam jangka masa lebih kurang dua tahun saja, lebih RM200 juta diperuntukkan kepada sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara.

“Semasa Tun Abdullah (Ahmad Badawi) menjadi PM beliau meluluskan RM30 juta untuk penambaikan atau membina kemudahan baru untuk sekolah-sekolah Tamil. Bila masa Datuk Seri Najib (Razak) mengambil
alih tampuk pemerintahan sehingga sekarang, sudah RM200 juta di peruntukkan,” Samy Vellu meberitahu wartawan pada satu sidang media selepas merasmikan SJK(T) Perak Sangeetha Sabah, di Ipoh, Khamis.

Samy Vellu menjelaskan, kerajaan sekarang menambahkan fokus kepada kebajikan masyarakat India dan menumpukan kepada asas paling penting, iaitu, pelajaran.

“Tak pernah di dalam sejarah negara ini, kerajaan memperuntukkan sebegitu banyak wang di dalam jangka masa yang singkat untuk kaum India. Ini adalah bukti yang amat jelas dan tidak boleh disangkal mengenai ketulusan kerajaan memperbaiki nasib masyarakat itu.

“Rasanya, tidak salah untuk saya menyarankan kepada masyarakat India di seluruh negara agar lebih bersyukur di atas manfaat-manfaat yang dinikmati selama ini,” kata Samy Vellu

Beliau menambah, daripada keseluruhan 258 buah sekolah Tamil di seluruh negara, sebanyak 133 buah sudah siap dibaik pulih atau digantikan dengan bangunan baru, sementara bagi baki 85 buah sekolah, kerja-kerja masih lagi berjalan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");