Perak Hari Ini

MBI digesa lebih proaktif terhadap aduan warga kota

Majlis Bandaraya Ipoh digesa supaya lebih proaktif terhadap aduan yang dikemukakan oleh warga kota di bandaraya ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Wong Kah Woh berkata, kejadian tebing longkang yang runtuh secara tiba-tiba di jalan utama Taman Cempaka pada malam kelmarin cukup membimbangkan penduduk di situ.

“Sebelum ini, penduduk sudah membuat aduan kepada MBI selepas mendapati rekahan di sekitar tebing longkang tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

“Saya menerima panggilan telefon jam 7 malam kelmarin mengenai masalah itu dan terus ke tempat kejadian untuk meninjau sendiri masalah yang berlaku.

“Masalah ini dipercayai disebabkan tekanan air tinggi dalam tanah sehingga menyebabkan tanah di situ rebak,’ katanya di Ipoh, semalam.

Katanya, pada keesokan harinya, beliau sekali lagi turun pandang untuk meninjau tempat kejadian dan mendapati kerja-kerja baikpulih sedang dilaksanakan pihak kontraktor.

Katanya, daripada maklumat yang diterima daripada kontraktor, kerja baik pulih dijangka siap dalam tempoh seminggu.

“Kita minta supaya MBI lebih proaktif untuk bertindak dalam setiap aduan yang dilaporkan penduduk. Jangan bila sudah berlaku sesuatu masalah itu, baru tindakan segera diambil,” katanya.

Beliau berkata, pemantauan juga perlu dibuat di kawasan berisiko untuk rebak bagi membolehkan langkah awal dibuat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");