Perak Hari Ini

MBI mengambil tindakan undang-undang terhadap 17,828 premis

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya mengutip sebanyak RM4,194,506 setelah mengambil tindakan undang-undang terhadap 17,828 premis di seluruh bandar raya, kata Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim.

Beliau berkata, jumlah itu diperolehi melalui tindakan undang-undang termasuk membuat sitaan terhadap barang-barang dan premis sepanjang 10 bulan tahun ini bermula Januari hingga Oktober.

Katanya, tindakan tegas terpaksa diambil kerana pihak majlis masih gagal mengutip RM53,303,128 tunggakan sehingga bulan Oktober 2010 yang mana jumlah itu meningkat sebanyak lima peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu.

”Walaupun jumlah hasil MBI meningkat sebanyak RM8.01 juta atau tiga peratus berbanding jumlah yang sama tahun lalu tetapi jumlah tunggakan tetap meningkat.

‘Dari segi kutipan pula, majlis telah mengutip RM115,225,389 untuk tempoh 10 bulan tahun ini iaitu peningkatan sebanyak RM7.71m”katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Roshidi berkata, MBI sedang giat melaksanakan keja-kerja penyenggaraan dan projek-projek bagi memastikan kemudahan infrastruktur di sekitar bandar raya berada di tahap yang membanggakan.

Katanya, sebanyak RM9.03 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja penurapan jalan di 63 buah kawasan perumahan menggunakan peruntukan Sistem Indeks Simpanan Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

”Kita juga telah melaksanakan 88 projek khas seperti projek pencegahan banjir, pembinaan pejalan kaki, pemasangan lampu jalan dan menaiktaraf jalan serta longkang yang membabitkan kos sebanyak RM20.6 juta,”katanya.

Menurut Roshidi, majlis telah menggariskan untuk melaksanakan projek penurapan jalan, ‘greener greentown’ dan projek pencegahan banjir tahun hadapan.
–BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");