Perak Hari Ini

Moo Hor Yee dapat layanan istimewa Menteri Besar

Adik Moo Hor Yee merupakan kanak-kanak paling bertuah apabila menjadi tetamu istimewa untuk makan tengah hari bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri yang juga merupakan ibubapa angkatnya.

Pelajar Tahun Enam SJK (C) Ave Maria itu kelihatan amat teruja sekali dapat makan semeja bersama Zambry dan Saripah di pejabat Menteri Besar disertai dengan layanan kelas pertama oleh pegawai dan kakitangan di situ.

Makan tengah hari itu menjadi lebih bermakna lagi buat Moo kerana Zambry dan isteri menjadi pengganti bagi ibunya, seorang tukang cuci yang tidak dapat bersamanya untuk merayakan perayaan “Dong Zhi” (Winter Solstice) atau Musim Menuai kerana sibuk bekerja.

22 Disember merupakan hari di mana masyarakat Cina makan bersama keluarga bagi meraikan perayaan terbesar dalam kalender masyarakat itu sebelum tahun baru.

“Saya terlalu gembira,” kata Moo apabila ditanya mengenai perasaannya mendapat layanan istimewa daripada ibubapa angkatnya, pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar

Sementara itu, Zambry berkata makan tengah hari itu adalah peluang untuk beliau bermesra dan bertanya khabar mengenai perkembangan Moo di samping memberi pendedahan kepada pelajar perempuan itu untuk berinteraksi dengan dunia luar.

“Dia adalah seorang anak yang agak terbiar dan kehidupan miskinnya membuat Moo seorang yang introvert. Saya rasakan Moo perlu diberi pendedahan sebegini supaya dia mempunyai keyakinan diri untuk mengubah nasibnya,” katanya.

Moo dijadikan angkat ke-104 Zambry setelah beliau tersentuh melihat keadaan hidup daif yang dilalui Moo dan ibunya, Sian Foot Yun, 56, ketika beliau melawat rumah keluarga tersebut di flat Waller Court Oktober lalu.

Zambry berkata beliau telah mengarahkan Yayasan Bina Upaya supaya menyediakan kemudahan tuisyen kepada Moo supaya prestasi akademik pelajar itu dapat diperbaiki.

“Moo hanya mendapat 1A bagi UPSR dan saya mahu pastikan kemudahan sewajarnya disediakan supaya dia cemerlang dalam pelajaranya,” katanya.

Zambry dan isteri kemudiannya membawa Moo ke pusat beli belah Kinta City untuk membeli persiapan balik ke sekolah termasuk baju, kasut dan peralatan menulis yang turut disertai 72 pelajar lain yang juga anak angkatnya dari seluruh pelusuk negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");