Kolumnis

Nizar makin merapu di Perak

Tak habis-habis lagi nampaknya Nizar Jamaluddin ni meroyan di Perak akibat kehilangan jawatan Menteri Besarnya dulu. Macam-macam perkara pelik yang dilakukan olehnya bagi memperbodohkan rakyat Perak. Dia ingat, rakyat Perak mudah terpedaya seperti dirinya yang diperdaya oleh Ngeh dan Nga. Maklumlah, dia pun bukannya cerdik sangat.., jadi jangan ingat rakyat Perak bodoh ye.

Dikhabarkan, bekas Menteri Besar boneka ini telah melancarkan sebuah buku yang diadaptasi dari sebuah laman web popular LoyarBurok.com. Betul ke laman web ni popular? Tak pernah dengar pun selama ni..

Nampak tak betapa tak cerdiknya Nizar didalam membuat keputusan? Dah nama web tu pun loyar burok, pastilah cerita didalamnya semua merapu dan bohong belaka. Itupun dia ni berbangga sampai nak adakan majlis pelancaran.

Sepatutnya, buku bertaraf cap ayam sebegini hanya layak dijadikan kertas buat bungkus kacang putih saja. Itupun kalau penjual kacang putih mahu lah.., kalau tak, alamatnya kenalah buat kertas jamban saja buku tak berkualiti macam ni.

Apa yang disampaikan oleh sumber, buku yang dilancarkan oleh Nizar ni menceritakan dengan terperinci mengenai peristiwa rampasan Perak oleh kerajaan Barisan Nasional. Dan yang paling Nizar suka ialah, buku ni juga mengisahkan bagaimana Nizar disingkirkan dari teraju pemerintahan negeri.

Agaknya, cerita bersidang bawah pokok dan juga Speaker PR yang diheret keluar dewan tu ada tak? Ada tak diceritakan bagaimana kerajaan pimpinan Nizar menjual pasir ke Singapura dengan kuantiti yang banyak? Mesti semua ni ada betul tak?

Memang dahsyatlah buku ni. Boleh kalah Wikileaks kalau buku ni diterbitkan ke luar negara dan di edarkan di negara-negara seperti Bangladesh, Myanmar, Nepal dan juga Mogadishu. Pasti Nizar akan popular setaraf dengan pemimpin anugerah tuhan seperti Anwar Ibrahim.

Lagi satu yang paling tak boleh tahan ialah, buku ni kononnya ditulis oleh orang yang berintelektual tinggi seperti peguam dan para penganalisis politik. Kalau setakat macam si Tulang Besi dan juga Perisik Rakyat yang tulis buku ni, baik tak payah baca. Buat ngabihkan boreh saja.

Kalau dah diciplak dari web Loyar Burok, maka peguam yang tulis buku ni juga pastinya mempunyai idea yang burok juga. Tak gitu? Tambah pula yang tukang lancarkan buku ni pun boleh tahan juga buroknya…, burok perangai mengalahkan Nazi!

Jadi, kepada pengikut Pakatan Rakyat di Perak, anda semua patut bersyukur kerana Nizar dah ditakdirkan tak lagi jadi Menteri Besar Perak. Anda semua sepatutnya berterima kasih kepada Dr Zambry kerana mengembalikan keceriaan dan kemakmuran di negeri Perak.

Tengoklah sendiri perangai Nizar dan kawan-kawannya PR nya, adakah manusia-manusia kurang cerdik sebegini layak untuk mentadbir Perak? Negeri ini pasti akan lingkup jika ada pemimpin macam Nizar ini jadi Menteri Besar!

Oleh: Cucu Tok Sagor untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");