Kolumnis

PAS berjaya merosakkan generasi muda Malaysia


Pas telah berjaya melancarkan program Pas Representative Council of United Kingdom dan Eire. Tahniah kepada Pas atas kejayaan tersebut.

Jika dilihat secara kasar ia mencerminkan kejayaan Pas dalam memberikan pendidikan kepada rakyat Malaysia sehinggakan ramai pelajar Pas berjaya menyambung pelajaran ke universiti di Eropah, Amerika dan lain-lain.

Hakikat sebenarnya bukan begitu, Pas gagal dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa.

Dari peringkat tadika Pas telah menubuhkan Pasti, dan membuka banyak tahfiz, sekolah agama rakyat peringkat rendah dan menengah. Malangnya ramai pelajar-pelajar yang dikeluarkan oleh institusi Pas GAGAL.

Jika ada yang berjayapun hanyalah kecil peratusannya. Itupun lebih kepada bidang agama sahaja. Selebihnya lepasan sekolah agama rakyat hanya menjadi peniaga, pekerja yang tidak berkemahiran dan yang berpendapatan rendah.

Mereka inilah yang banyak terlibat dengan demontrasi jalanan dan penyokong tegar Pas yang ganas.

Kebanyakan pelajar yang berjaya masuk ke IPT dalam dan luar negara ialah hasil yang dikeluarkan oleh sekolah UMNO.

Ramai anak-anak Pas belajar di sekolah UMNO dan berjaya menyambung pengajian ke IPT dengan biasiswa JPA, syarikat-syarikat GLC dan juga ramai yang mendapat bantuan PTPTN.

Ini membuktikan kejayaan UMNO dan kegagalan Pas dalam melahirkan insan berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Sayangnya Pas mengabaikan kebajikan pelajar-pelajar lepasan sekolah agama mereka tetapi mula mengacau dan menghasut pelajar yang dihasilkan oleh UMNO supaya membenci dan anti kerajaan. Hari ini PAS sangat berjaya dalam usaha jahat mereka.

Pas patut malu dengan tindakan mereka yang hanya pandai merosakkan apa yang telah diusahakan oleh UMNO.

Hasil kerja jahat Pas maka lahirlah anak-anak derhaka seperti Nizar Jamaluddin bekas menteri besar Perak, Khalid Samad MP Shah Alam yang mendapat ilmu dan biasiswa JPA dari Leed University, Nik Nazmi dan ramai lagi ahli Pas hardcore.

Pernah seorang Wakil Rakyat menegur sikap pelajar Gamis yang membantu Pas dalam PRK dun Galas supaya muhasabah diri dan ingat jasa-jasa kerajaan yang dilabelkan menipu rakyat selama 50 tahun.

Denga selamba dia menjawab ” menyediakan pelajaran sampai ke universiti adalah tanggung jawab kerajaan” itu adalah jawapan standard Pas. Samalah halnya mereka menghalalkan wang kerajaan. “Wang kerajaan, wang rakyat “.

Akhirkata Pas perlu menghentikan serta merta gangguan terhadap semua pelajar universiti, Pas juga patut menghentikan mengrekrut pensyarah-pensyarah IPT supaya menyertai JIM milik Pas . Bebaskan Universiti dari pengaruh politik Pas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");