Berita Hari Ini

Pembangkang perlu ‘kemas rumah sendiri’

PUTRAJAYA 6 Dis. – Pakatan pembangkang yang kini berdepan dengan pelbagai kemelut dalaman perlu ‘mengemaskan rumah sendiri’ dan bukannya menuding jari ke arah Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, daripada mengutuk segala usaha BN, pakatan pembangkang sepatutnya melakukan sesuatu untuk membaiki kelemahan diri sendiri.

”Pakatan pembangkang pada mulanya mendakwa ahlinya ditawarkan wang apabila seorang dua pemimpinnya meninggalkan mereka.

”Tetapi sekarang lebih ramai lagi termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri telah meninggalkan mereka, jadi mereka perlu mengemaskan rumah sendiri sebelum keadaan menjadi lebih teruk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pakatan pembangkang yang melihat Konvensyen BN yang diadakan hanya medan untuk mengkritik parti-parti pembangkang.

Soi Lek berkata, pemimpin parti pembangkang ternyata kekurangan isu apabila menimbulkan pelbagai perkara yang tidak relevan.

”Walaupun BN ada kekurangan tetapi Perdana Menteri telah mengadakan program transformasi ekonomi dan kerajaan, ia menunjukkan keazaman kerajaan untuk berubah demi memenuhi keperluan rakyat.

”Sebaliknya pakatan pembangkang datang dengan pelbagai janji perubahan untuk rakyat tetapi mereka sendiri tidak pernah berubah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");