Berita Hari Ini

Pemimpin Pas sanggup buat apa sahaja untuk lunas dendam

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip hari ini menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Justeru katanya, tidak hairanlah sekiranya Menteri Besar Kelantan itu sanggup membelakangkan bangsa dan agamanya untuk tujuan itu.

“Saya cabar beliau (Nik Aziz) supaya menunjukkan nas atau dalil yang mewajarkan pelantikan pemimpin bukan Islam seperti Kit Siang selaku orang nombor dua dalam kerajaan.

“Menteri Besar Kelantan itu sebenarnya hanya mahu bermain dengan api dan mencetuskan huru-hara sahaja, sama seperti Anwar Ibrahim,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz hari ini menegaskan beliau tiada masalah jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau bersedia menerima cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara.

Sementara itu, Muhammad Zahid memberitahu, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya membandingkan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu dengan jawatan Menteri atau Timbalan Menteri kerana bila-bila masa sahaja sesiapa yang jadi Timbalan Perdana Menteri akan naik menjadi Perdana Menteri.

“Sehubungan itu, saya percaya, semua ini tidak lebih daripada hanya satu perangkap oleh pembangkang termasuk Pas untuk memainkan isu-isu sensitif bagi menarik sokongan rakyat,” ujar beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");