Perak Hari Ini

Perak hargai peranan media

Kerajaan negeri menghargai peranan media cetak dan media baru seperti blog dalam menyalurkan maklumat kerajaan kepada rakyat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sumbangan media menerusi pemberitaan itu dapat membantu dan memberikan maklumat yang berguna kepada pembangunan negeri ini.

Katanya, kerajaan tidak menafikan sumbangan media dan semangat itu perlu diteruskan oleh media.

“Saya harap hubungan erat saya dengan rakan-rakan media dan blog diteruskan dari semasa ke semasa kerana media di negeri ini adalah rakan saya.

“Ini membuktikan kerjasama kerajaan negeri dengan media terus mantap walaupun dalam beberapa situasi ada ribut dan ombak namun kerjasama itu tetap kukuh,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Media Bersama Menteri Besar di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini malam tadi.

Hadir sama ahli Exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Zambry berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga mengucapkan terima kasih kerana peranan media membantu mereka memberikan maklumat kepada rakyat.

Selain itu, katanya, kepada rakan-rakan media yang bertukar ke Kuala Lumpur, kerajaan negeri mengucapkan selamat meneruskan kerjaya di tempat baru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");