Perak Hari Ini

Perak sedia hulur bantuan untuk keluarga mangsa kemalangan ngeri

Kerajaan negeri Perak akan memastikan bantuan sewajarnya disediakan kepada keluarga mangsa kemalangan yang mengorbankan 27 nyawa di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai termasuk menyediakan tempat penginapan sementara kepada keluarga yang datang untuk urusan menuntut mayat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri telahpun memaklumkan perkara berkenaan kepada Kaunselor Kedutaan Thailand di Malaysia Somphong Kang Thong.

Katanya persedian itu perlu bagi memastikan keluarga mangsa yang akan tiba sini dari Bangkok tidak menghadapi sebarang kesulitan ketika membuat urusan menuntut mayat.
“Kemalangan yang meragut 27 nyawa ini adalah yang paling buruk berlaku setakat ini. Saya turut bersedih dan bersimpati dengan kejadian ini tetapi tidak mahu membuat sebarang spekulasi sehinggalah siasatan dijalankan pihak bertanggungjawab,” katanya ketika melawat mangsa di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Beliau percaya pihak bertanggungjawab akan menyiasat dan menyediakan laporan terperinci mengenai kejadian ini sebelum apa-apa tindakan susulan diambil.

Dalam kejadian 11.40 pagi Isnin, sebuah bas persiaran dua tingkat yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands terbabas selepas melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan dan mengakibatkan 27 daripada mereka terbunuh.

Selain 25 pelancong Thailand, dua rakyat tempatan iaitu pemandu bas Omar Shahidan, 48, dan Soontorn a/l Kian, 38, adalah antara mereka yang terbunuh.

Kemalangan itu juga mencatat rekod sebagai kemalangan paling buruk di Malaysia setakat ini kerana mengorbankan 27 nyawa selain mengakibatkan 10 lagi cedera.-PerakBN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");