Perak Hari Ini

Perak Today dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!

Perak Today telah dicerobohi untuk kesekian kalinya. Selama dua hari kami tidak dapat mengutarakan sebarang berita disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menghancurkan Perak Today. Namun syukur kami ucapkan kepada Allah s.w.t. kerana webmaster kami dapat menyelamatkan portal ini.

Kami difahamkan oleh webmaster perkara ini terjadi kerana ada pihak yang mahu ‘hijack’ Perak Today dan sekiranya mereka berjaya maka mereka akan memadam Portal ini. Ini juga menandakan sudah ada pihak yang tidak berpuashati dengan kehadiran Portal ini. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak akan melemahkan semangat kami. Ini adalah asam garam dalam dunia cyber, kami harap pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan menghentikan perbuatan ini.

Sekiranya kamu tidak berpuashati dengan Perak Today maka berlawanlah dengan cara yang betul dan bukan bermain bangsat seperti ini lagi. Kepada pembaca Perak Today, terima kasih kami ucapkan di atas sokongan anda. kami akan terus membawakan berita terkini dan isu-isu semasa dalam portal kami.

Jika tiada aral melintang, mulai tahun hadapan Perak Today akan menjadi Portal berita sepenuhnya, tetapi fokus utama berita kami akan tertumpu pada berita di sekitar Perak. kami juga akan siarkan berita Nasional terkini. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada pembaca sekalian.

Editor Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");